22
Nov

kekalutan itu

kalut di fikiran,
kerap di fikir,
kian berselirat,
terus di tenung,
kian tenggelam.

pasrah dengan jalan di tempuh,
mensyukuri di setiap nikmat yang di peroleh.

kekadang jiwa ini kuat,
kekadang menjadi lumpuh.
dan mula merapuh.

tenang dalam keserabutan,
mencari sinar dalam kelam,
mempersoalkan yang masih misteri,
mencari kelazatan yang tersembunyi.

kerinduan yang masih lagi kelam,
mencari, mencuba, dan tawakkal…

kekadang liku ini memang tiada jawapan yang pasti,
liku ini harus di tempuh,
wajib di redah,
jangan penah berkenalan dengan ‘putus asa’.

I’ve been travelin’ on this road too long
Just tryin’ to find my way back home
But the old me’s dead and gone
Dead and gone

I turn my head to the east, I don’t see nobody by my side
I turn my head to the west, still nobody in sight
So I turn my head to the north, swallow that pill that they call pride”

15
Nov

pls blajar !

sori. aku bakal mengeluarkan kata2 berunsur emosi.
kerana.
kepala aku sedikit hangin di ketika ini.

aku bersuara bukan kerana aku sempurna,
aku menegur bukan kerana aku komplen,
aku menasihat bukan kerana aku hebat…

aku bukan lah NABI YANG MAKSUM…
Aku tidak sempurna untuk menegur orang yang silap.
aku tidak lah hebat memberi kata-kata cemerlang pada orang lain.
kadangkala, aku tau aku memang pentingkan diri sendiri.
aku enggan mempedulikan sekeliling aku.
tapi aku tetap blajar untuk hormat orang.
aku blajar untuk memahami orang lain.
aku blaja untuk berkomunikasi dengan baik.
aku blaja dan terus blaja…

tapi aku geram dan bengang dengan segelintir orang!
enggan untuk menerima teguran.
jatuh ego agaknya.
berlagak hebat. berlagak pandai.
berasa diri setinggi gunung.
Tapi hakikatnya ko masih mentah dalam dunia fana nih.
telalu ampuh. cuma masa belum membuatkan ko bebetul paham erti idup ini.
Jangan ko pk ko solat 5kali sehari tu cukup bekalan ko untuk berjumpa Tuhan yang SATU.
sila google : hablum minallah hablu minannas. (hubungan dengan ALLAH dan Hubungan dengan Manusia)
jangan pk ko hidup atas dunia ni sorang diri. and ko mampu hidup sorang diri tanpa kebegantungan pada manusia.
mari aku bercite ilmu yang penah aku pelajari :

dalam hidup seharian manusia ni..3 perhubungan yang WAJIB di jaga !
1 - Hubungan dengan ALLAH.
dengan menunaikan solat. menjaga ibadat wajib dan sunat.

2- Hubungan dengan manusia.
simple explanation is communication between human.
antara perkara paling simple ialah :
* tolong menolong antara insan.
* melawat orang sakit.
malah jika di pelawakan makanan.
seingat aku WAJIB di amik sedikit. *aku mitak maaf jika silap.
nak tau kenapa ?
- MENGHORMATI orang mempelawa.
- makanan yang di pelawa itu rezeki. ko tolak bermakna ko tolak rezeki!

3 - hubungan dengan persekitaran.
persekitaran ni bermaksud apa yang di sekeliling kamu.
tumbuh-tumbuhan… haiwan…dan pape yang lain yang perlu kamu jaga…

aku bukan bercita ni sebab aku pandai. bukan jugak sebab aku terer.
cuma luahan yang tak bermata…
aku penat dan letih melayan kerenah manusia-manusia yang enggan belajar.
merasakan diri bagaikan Dewa dewi… hebat sangat.

aku x kesah kalo ade kawan2 yang tak hargai aku. tapi… buat aku tersedar.
mungkin tak guna juga aku terus menghargai kawan yang macam kamu.
and much better.. kite proceed idup masing-masing….
aku letih pk pasal orang sebab idup aku masih mencari-cari bahagia yang belum pasti.
maaf….maaf dan maaf..
sampai di sini sahaja emo aku berakhir!
sesungguh yang BAIK itu datang dari ALLAH..
dan yang BURUK Itu datang dari KELEMAHAN AKU SENDIRI!

12
Nov

folder-1109 : mencari konklusi.

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita
//credit to HUJAN create such a nice lyric.
//mencari konklusi (Hujan) ..
//aku minat band Hujan skunk nih.heee

//aku suke sangat yang kat sini… ;)

/*
jangan tak percaya.. aku penah je ngah memecut laju di highway pencahala link aku pejam mata..hahaha..sebab ikot lirik lagu ni laa..hahahaha..
aku sekarang cuba blaja perbaiki diri. di setiap sudut kelemahan diri yang terserlah..hehe..blajablaja..n terus mencoba untuk menjadi yang terbaik..
diam yang bersuara…
sunyi yang bersama..
di temani jasad kita..
di setiap malam aku kini.. aku berfikir² (sbb dah xleh on9) so asek pk².. boring.. kco orang..hehe…aku percayakan hikmah di sebalik sume kejadian dalam hidup yang penuh misteri ini. aku yakin pada kebesaran Tuhan. Redha dan syukur apa adanya. Akan ku cuba untuk terus berbahagia di jalan pilihan ku diiringi keredhaan Tuhan.. AMIN…

*/

haih..lame tak menjenguk blog nih. bersawang sume dah komplete set dah.
- lately x de moral down tahap tenuk sangat…
- aku punye blog kene serang ngan trackback yang begitu menyemak emel aku.
- sekarang dah pun pulih..hehe… Alhamdulillah.
*cara nak fix is title aku pun link blog ni better guna string instead of aku guna just pendek like b4 this.hehehe.. tererkan aku explore.hahaha..

aku bilang pada teman² blog ni cuma luahan rasa. sebab tu memang blog ni totally berunsur emosi coz ia di karang ketika kepala sedang kusut sekusut tali kasut..hahaha..
tapi now im back… hehe..
b4 this ade je plan mau wat entry pasal mak aku.
tapi nanti² la sebab berukband kat umah cam cabai jek. so not in mood mengarang. heh!
pagi tadi jalan clear. so xleh jumpa abg m aku..haha..
ain ckp aku ni ada² je… mr p la..abg m la..mujur bukan mat pit..hahaha..
lek la ain.. aku cuma perlukan motivasi pagi. kasik aku semangat nak datang opis.. and memang berkesan.. aku berjaya datang awal even ari senin ari tu aku lewat. standardnye if aku dah senin dah lambat confirm sampai jumaat la lambat. tapi since aku awal sangat tu pasal aku dah tak bertembung ngan abg m tu..sebab biasa terserempak ngan die kalo aku datang lambat..hahahaha..
klakar je pkkan flow kesahnye..hehe..
as a result, sekarang dah tak bertembung dengan beliau.. hahahahha…

lately pun aku ade masalah tido. asek terjaga je. apekehey ntah.
semalam lagi best. mimpi mak aku meninggal.. terjaga je aku nanges.
pastu tengok jam kat henpon dah 5 lebih. jap pastu dengar azan subuh.
jap pastu aku dah sambung tido balik… wakakakaka…

pepagi bangun..sok sek sok sek.. sampai opis aku teringat.. semalam makan bihun tomyam. *sori mira..hehe..tak memasal ko sakit perot.
aku pun dapat gak bahana makan udang. pagi ni idung tersumbat. telan ubat pun dah tak lut. hampehs jek. huhuhu.. then rase mate sembab semacam je. nape aku pun tak sure.. mebi sebab udang seketul tu.. atau aku menangis time tido. kurang kepastian….huuuuuuuuuuuuuuu…

p/s: wished nak jumpa abg m.. possiblekah ? hahaha.. AMIN..
rindu fifie..rindu mak.. rindu tikah.rindu sume sekalian anak² buah ku.. kakak² iparku.. terima kasih Tuhan kurniakan mereka motivasi hidup aku. kebahagian keluargaku…

sedang ketiadaan mood untuk fokus kije. 3 reasons :
i. sorang teamate cuti. tunggu masa nak bersalin.
ii. sorang resigned 24 jam. dapat kijo gomen.
iii. PM aku coti..
so, terkontang kanting aku tinggal kesorangan dalam team aku.
*mcm tak biasaa…hahaha…

double.. kemalasan… -_-”

02
Nov

tagged. Tolong!

dari mira damira punye link.

Aper korunk rasa bila korunk terdesak dan memerlukan bantuan semua orang bz, tp bila mereka2 itu memerlukan bantuan korunk, Se-bz tahap superman pun korunk akan cuba memberi bantuan, Aper korunk nak buat bila keadaan tu jadik kat korunk.Urm kalo jadik kat aku??

ape perasaan aku :

1-  terkilan itu mungkin akan rase. even cuba untuk tidak berkira. tapi haru tu haihs.
2- lantak situ la ko if xnak tolong aku. bikin in future aku akan pk lebih dari 5x untuk tolong beliau kembali. unless die bagi good reason nape die xleh tlg aku time aku amat perlukan die.
3- kekadang pk..sikap aku yang mudah untuk tolong orang ini. kekadang menyusahkan diri sendiri. dah banyak kali berlaku. tapi aku tetap tidak serik.
sebab..aku tau Tuhan maha Adil.
4- kekadang aku pk tak rugi berbaik ngan orang ni. (Tolong orang dengan hati yang tulus ikhlas)
5- yakinkan lam ati. once kite ikhlas tolong orang even in the end kite sakit ati ngan orang yang penah kite tolong….percayalah sesungguhnya even die tak tolong kite. pasti amat pasti TUHAN akan tolong kita walau apa pun yang jadi..

ya ALLAH…Ampunkan lah dosa hamba mu ini Ya ALLAH…

13
Oct

what is ur name ?

name gua erk..
hehehe..sometimes i felt lost introduce myself.
the real name of mine was Anisah.
simple word. with 6 letters.

Nisah.
there is lots of people around me call me
frankly speaking. this is one and only names that i hate the most.
but majority ppl called me with that name.
since i was kindergarden till today!
but some called me nisa.
(nisa is acceptable).
but wani is one and only called me nisot.huh!~..

Sah.
just for family or my best friends.

tysah.
my 1st nick name.
bcoz my 1st love name tony..ehehe
btw he’s malay k..kelatanese.
by the time i still dont know the history of my family

alyssa.
since i know YM.
i was create the name of alyssa.
a few YM friends called me alyssa or lyssa n wat so ever.
*a few ppl asked me.
why alyssa?
the answer was :
the charm series, alyssa millano ;)
later, i was interest with the name of akira.
a few people called me akira.
the name akira is since i was working at PF.
a few clients called me akira

since 2006, my lecturer suggest me to register to.
www.sifoo.com.
i was ‘gedik’ by registered with the name of Anys.
when i was form 4. there got my buddies called me anys.
since there is a book with the name of anyss..

last but not least,
the latest nick i got was.. Anne.
its was called by my client.
my friend n i were laughing with this new name.
very² not suit for me.hahaha..

btw this entry is tagged my buddies to give a story of their own names.
- army4war
- silolo
- starry
- nizniz
- cik kala
- katak
- anarm aka anot
- shida aka shidot
- mclelun

12
Oct

itu bukan kamu

dia,
memori satu ketika dahulu,
mencuri satu hati bernama aku,
memberi aku satu memori terindah,
yang selama ini aku angankan.

dia,
datang hanya sementara,
berlalu pergi tinggalkan aku sendirian,
meninggalkan satu parut,
yang masih kelihatan.

kamu,
bukan dia.
kamu hampir seperti dia,
tapi kamu tetap bukan dia,
kamu hanya di bayangi dia.

kamu,
aku enggan teruskan segalanya,
kerana aku tahu kesudahnya,
izinkan aku pergi,
kerana aku tak ingin menambah luka.

hari ini dan semalam,
ku tetap menongkah arus hidup ini.
tanpa dia,
tanpa kamu.
aku tetap sendiri di sini
menanti….

nukilan,
pungguk rindukan bulan.

aku rindukan pukul 6.
sebab nak balik..
muehehehe…
coretan di atas tiada kaitan samada yang idup mahupun
yang sudah tiada..
sekian..

06
Oct

cerita 1 pagi yang penuh kesyukuran!

semalam lepak bagai nak rak.
kelupaan ade kerja masih belum settle.
mind set. maximum limit time untuk siap kan sume till 4 am.
start kije around 12.50 am.
and yes around 4.10 am. i can close my eyes.
but i wasn’t perfect rest. got a crazy dreams.
its relate with my job. and now pop got an emel from client around 6 am. masa aku ngah tido. patot gile bad dreams..hahaha..
as a result, awake with so tired.

one of my fren said : pegi la awal keje. sempat panas kan moto.
jangan guna starter pepagi. or chock(aku tatau eja cmne) hahaha.
as a result sampai opis 8.37. awal gile. tergezut je tadi masa touch menda alah tu.. 8.37 ? biar benar..hahaha..

kesah pagi ni. since i didnt get a good rest. my early day dah start ngan crazy thing. Syukurla selamat lagi. pat kali lak tu..

1- awal² kuar dari kawasan rumah. ade kete nak reverse. aku g lalu exactly kat belakang kete tu.mulanye xpasan. dah kat sebelah baru aku sedar. lampu break kete tu menyala.. klolah die reverse tak pasan aku… :-ss *Nauzubillah.
tapi aku memang salah. 1 - lalu reverse di jalan sehala. 2-aku lalu tepi sebab nk skip bonggol..huhuhuhu…
syukur….

2 - time jalan bawah fly over menuju ke bulatan duta.
tetiba mata kanan aku gatal. and aku pun gatal la nak garu sebab tak selesa.
So time tu tangan sebelah je pegang handle di sebelah kiri.
sedar² ade kete nissan kot tak silap. sket je lagi nak kene. haih.. lalok nye time tu..
syukurr masih selamat….

3 - depan library. depan sket dari kejadian aku ‘cium’ montot mamat x bape hensem masa bulan pose ari tu.. huhuhu..
ni plak aku dari arah kanan nak turun bawah fly over ke arah kiri.
step 1, check line moto arah kiri clear ke x. OK moto xde.
step 2, pusing pala kat depan, pajero tu ngah break, so pe lagi. break mengejot aaa…. aaaaaa.. kete kat belakang aku tu tatau la pe die pk tengok aku.. ni yang paling kecut perot… isk.. sib bek laaa sempat break. tu a perkara mencabar merempit di kota metropolitan yang jems nih…

lastly, today 1st time aku menery parking dalam bangunan KUB ni. tu pun sebab di beri tunjuk ajar oleh mamat department finance. semalam time nak balik. so try lee…and nak masok side mirror aku terlanggar palang… “pap” bile park moto..aku belek je jazzy aku..isk..nak wat guane..
kesah mamat ni : selalu pasan kelibat beliau tapi x penah tego x penah senyum x penah borak. semalam naik 1 lift. aku pasan dia dah tekan butang no 1. tapi ble lift bukak on level 1. die tutop balik. then sampai G die tego aku. tanya pasal parking moto.. and bermulalah tutorial parking moto dalam bangunan dengan payment sama yang kat luar RM1 per entry. bezanya yang ni dalam bangunan and perlu sediakan syiling untuk bayo and ade cctv.. so pas ni,selamat la jazzy aku dari ujan panas..hehe…

*back to kesah cium momtot moto mamat bulan pose ari tu.
ahaha. rasenye seminggu nak raye. aku pun lalok ke mabuk ntah.
Pikiran dah sampai ke kampung time tu. kesnye aku follow mamat tu agak rapat. bile die break mengejot. aku x sempat break. break dah tekan. tapi moto aku stop ngan tayar aku dah patahkan plate moto mamat tu. sekali mamat tu berenti n pusing belakang, aku ngan muke kesian nye tak abihs² “sori..sori”
*biasa laa..dah memang org bersalah T_T.tapi mamat tu pusing. geleng pala. then blah je. die nk berenti kat tengah² tu nak mitak ganti pun xguna. mebi tu bulan pose. mebi sebab aku ni perempuan. tak pun muke kesian aku bebetol wat die kesian..hehe… ataukah sebab aku kiut..muahahahaha…
Papepung..
syukran to Illahi.. kerana masih selamatkan daku.
Syukur…
Syukur…
Syukur…
Syukur…
Syukur…

27
Sep

lazatnye!

ehe.ade unsur kepoyoan kan tajuk. *abaikan sudah :p

raya tahun ni..superb best..
tu pasal aku takot if tahun ni last aku beraya.. (mana nak tau kan)..
sebab nak sambut pose pun aku rase syahdu jek. Allahu’alam.

abaikan..teeett..
1st time seingat aku laa..raya tahun ni..2009.. anak² mak aku bertandang raya serentak.. just sorang je tak de. abg aku yg chep tu. bini die ngah mabuk :P..
n anak² teruna abg aku sulong belah mak :)..
pape pung, aku rase superb hepi. gile best. bukan senang nak gath cam tu..

gamba raye ade..tapi kat umah..hehe…mak aku suh framekan..
yang best tu..suh abg aku. tapi mitak duit ngan aku.. x ptot btol :p..
ekeke..pape pun nikmat yang ALLAH kasik kat aku time raya kali ni amat indah.

ehe..also aku jadik farmasi bergerak. cam biasa laa..
banyak forwardkan ubat² kat org lain.. lazatnye dapat tolong orang.
Tuhan je tahu kelazatan itu.

hmm..smlm around 11 lebih aku tiba dengan jayanye di KD…
sebelum tu aku mengharungi perjalanan yang agak adventure menuju ke UNISEL, kuala selangor. Ktorg salah jalan. ikot jalan dalam. xde tol. tapi superb adventure.kehkeh.. aku jumpa jalan lebey kurang cam jalan kat n9 tu. jalan berlingkau² cam ular kene palu.
kesudahannyee… anak buah aku berenti kat shell. aku muntah. igtkan dah leh kontrol dah…tapi x tahan.sib bek perot ngan kosng.but still gak.. tp pk² mebi aku muntah sbb jalan tu atau mmg perot ngah angin >:)..

itulah al-kisahnye aku cuti raye..best..lazat. hehe..
pape pun en3 ni di tulis setelah aku penat tunggu army4war post en3 barunye. also kemalasan tahap tenuk nak wat kijee…kehkehkeh..

p/s : ade kawan aku ingat jay z tu kete.. senak perot aku gelak semalam..
hehe..papepun.. jay z tu cuma motosikal berkaler merah n just ex5 saje..
ekekeke..last but not least.. ALHAMDULILLAH di atas nikmat dunia yang ALLAH kurniakan pada hambaNYA ;)..wassalam :)

13
Sep

selamat hari raye 2009 = 1430H

huhu..ahad nanti di jangka akan raya kan.
aku akan balik ari jumaat malam ke terengganu.
*tanah bukan tumpahnya darahku.. sebab aku di lahirkan di pahang. tapi membesar di terengganu.

cuak pk pasal nak naik bus. bukan pe. phobia kesah 2006.
camne aku leh menangis kat melaka sentral..huhuhu..aib je pk² balik.
adess… T_T..
kesah tertinggal bus, last² ptg sehari b4 raya aku sampai..
sampai umah je dah bunyi takbir raya kat tv.
syahdu la jugak..haih..

tahun ni x de la beraya sakan mane….
kehkeh.. kekadang excited pk raya. kekadang tak de feel pape.
dah x de excited cam kecik² dulu daaa… even masih suasana sama.
baju baru. just skrg turn aku lak kuar duit untuk duit raya. if b4 this aku penerima.. skrg aku yang tangan yang menghulur.

tapi yang paling penting yang takkan penah berubah dulu kini dan selamanya..
dapat bersama dengan family. tu la part yang aku rase best yang amat pasal raya nih. coz adik beradik aku sume dah bawak diri dan idup masing². termasuk aku. so bile raye sume ade..tu specialnye raye nih..

even aku be prepare dengan soklan tembakan pada ari raya ni…
just kenee meten wat muka kiut..kekekee..

wish everyone selamat ari raya aidilfitri.. maaf zahir dan jua batin …
mitak halal makan minom….
and moga berbahgia di hari yang mulia nanti.Insyallah…

02
Sep

kueh raya…sapa mau..

Kueh raya..aka ole-ole raya.
sape mau. mari dekat,mari rapat…..|
Sementara stock masih ada..
boleh di jadikan :
- hidangan di aidilfitri untuk tetamu.
- korang makan sendiri
- kasi hadiah kat aweks,maks,mak mentua..dll..
conflake madu rm22
Kuantiti: 62pcs - 63pcs (isi bekas penuh)
Choc Chip Almonds Cookies rm22
Kuantiti: 58pcs - 61pcs (isi bekas penuh)
Biskut Oren Bercoklat rm22
Kuantiti: 58pcs - 61pcs (isi bekas penuh)

kurma choc rm22
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)
Kurma Coklat Berbadam RM26
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)
Kurma Coklat Apricot rm26
Kuantiti: 42pcs - 44pcs (isi bekas penuh)

untuk melihat gambar atau keterangan lanjut, sila layari blog ini :
ole-ole raya..

stock yang masih tinggal :
conflake madu : 2
kurma apricot : 1
kurma berbadam : 2
choc chip almond cookies : 1
kurma choc: 2

sape cepat dia dapat !